Saturday, April 9, 2016

6 SEBAB KENAPA PERLU SIMPAN EMAS.

Public Gold terbukti telah berjaya dengan menghasilkan produk emas yang disertakan dengan sijil LBMA. Pelik bila sebut pubic gold mesti penjual akan kata LBMA. Adakah kita tahu LBMA ini?
Apakah itu London Bullion Market Association (LBMA)?
“The LBMA is an international trade association, representing the London market for gold and silver bullion which has a global client base. This includes the majority of the gold-holding central banks, private sector investors, mining companies, producers, refiners and fabricators. The on-going work of the Association covers a number of areas, among them refining standards, trading documentation and the development of good trading practices.
The maintenance of the Good Delivery List, including the accreditation of new refiners and the regular retesting of listed refiners, is the most important core activity of the LBMA. The LBMA Brochure provides further information about the LBMA.”
Dan ini adalah maksud dan keterangan dari http://www.lbma.org.uk/about-us boleh cek untuk pastikan.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold, Datuk Louis Ng berkata, sijil tersebut membolehkan warga Malaysia & Singapura memiliki emas yang dikeluarkan syarikat itu tanpa dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Pengecualian ini adalah kerana emas tergolong dalam logam pelaburan berharga (Invesment Precious Metal – IPM) http://goo.gl/PmXsXw  yang diiktiraf sebagai aset kewangan penting seperti mana instrumen kewangan lain yang aktif didagangkan seperti saham dan bon.
Jadi pengiktirafan ini menyebabkan emas keluaran Public Gold amat mudah  diperlakukan di seluruh dunia tanpa ada sebarang sekatan atau birokrasi..



Gambar 1gram dari belakang card yang bersertakan sijil pengesahan dari LBMA.
Harga emas jatuh, harga emas naik, saya tetap sama tidak menjual emas-emas yang ada pada saya. Saya adalah ‘penyimpan’ emas bukan ‘trader’.  Harga emas naik saya senang hati, harga emas turun senang hati juga. Yang saya tidak senang hati bila bulan-bulan atau tahun ke tahun emas saya fix tidak bertambah.
Orang tanye kepada saya, kalua belie mas tapi xjual bagaimana nak untung, bagaimana nak kaya. Beli emas tidaklah kaya tapi anda kene faham beli emas adalah salah satu platform menyimpan kekayaan dan membantu anda dari mnjadi mangsa inflasi dan kemerosotan nilai ringgit Malaysia. Jika jawapan orang simpan dalam bank dapat dividen, jawapan saya dividen tidak akan membantu melawan risiko inflasi dan kemerosotan ringgit. Lebih baik saya simpan emas untuk jangka masa panjang.
Itulah jawapan saya kenapa golongan ‘penyimpan emas’ ini tidak menjual emas-emas yang mereka miliki. Mereka ini jadikan emas sebagai satu bentuk SIMPANAN jangka panjang. ‘SIMPANAN’ tujuan simpanan adalah 1) emas tersebut digunakan ketika kecemasan. 2) emas sebagai medium peaburan masa hadapan. Selagi tidak ada keperluan untuk digunakan, lebih baik menyimpan emas ini sahaja. Sebab saya suka menyimpan emas berbanding tunai di bank adalah kerana :
6 Kelebihan Yang Ada Pada Emas
1.     Emas kalis inflasi
Zaman Nabi 1,400 tahun dulu, 1 dinar (emas 4.25 gram) boleh beli seekor kambing. Sekarang ini, harga 1 dinar sekitar RM670 – RM750. Secara relatifnya, ia masih mampu beli seekor kambing. Ia berbeza dengan duit kertas (wang fiat). Kalau 30 tahun dulu, budak-budak sekolah boleh bawa duit 50 sen sehari, cukup untuk mereka makan kenyang di sekolah. Tapi hari ni, 50 sen tu hanya mampu untuk beli segelas air sirap sahaja.
Maksudnya hari ni, jika diberi 0.50sen sehari kepada anak-anak kita belum tentu mereka dapat membeli apa yang kita boleh beli di usia mereka. Kesan inflasi membuatkan nilai mata wang tersebut susut dan kita perlukan lebih wang untuk dapatkan nilai yang sama pada zaman kita kecil dahulu.

1400 tahun dahulu                           Tahun 1990
1Dinar emas = seekor kambing            Nasi lemak = rm0.50

Tahun 2016                                      Tahun 2016
1Dinar emas = seekor kambing          Nasi lemak = rm 2.00

Nisbah emas 1 dinar dengan kambing, secara relatifnya tak berubah sampai bila-bila. Nilainya terletak pada berat dan ketulenannya. Tapi di manakah nilai sebenar duit kertas?

2.     Senang Ditukar Kepada Tunai
Emas senang ditukar kepada tunai. Bagi saya, emas macam duit tunai juga cuma dalam bentuk berbeza. Ia aset fizikal yang paling mudah dicairkan. Bila simpan emas, kita tak perlu risau kalau nak pakai duit. Emas itu boleh dijual pada bila-bila masa, dan di mana sahaja. Kalau bawa emas itu ke luar negara sekalipun, ia tetap laku sebab ia emas. Ia “international money” yang diterima sejak zaman berzaman. Kalau sayang nak jual emas tu, kita boleh pajak di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman. Lepas tu cari balik duit untuk tebus emas tu semula.
Emas boleh dijadikan alat pertukaran barang dalam 1 transaksi. Duit emas yang bernilai.

3.     Kekayaan Di Tangan Kita
Bila simpan emas, hakikatnya kekayaan tu ada ditangan kita sendiri. Apa pun berlaku di luar sana, selagi emas tu ada di tangan kita, pendek kata, kekayaan tu memang ada dengan kita sendiri sebab nilai emas terletak pada BERAT DAN KETULENAN emas tu sendiri. Berbeza dengan duit kertas. NILAI SEBENAR duit kertas bukan pada kertasnya, tapi ia terletak pada jaminan kerajaan, kestabilan ekonomi dan politik negara.
Masih ingat tak duit syiling seringgit dulu? Bank Negara dah gazetkan, ianya tak lagi sah untuk digunakan sebagai duit hari ini. Ia hanya sekeping logam yang tidak lagi bernilai. Siapa yang masih simpan duit seringgit lama tu, hari ni dah tak laku lagi dah.
Lagi satu peristiwa, masih ingat lagi tak Ringgit Malaysia pernah jatuh nilainya sebanyak 50% setahun lepas krisis kewangan 1997? Sejak krisis itu, Ringgit Malaysia telahpun mengalami KEJATUHAN KEKAL sebanyak 30% berbanding US Dollar. Jadi kalau simpan duit banyak-banyak, hakikatnya kita memiliki kekayaan secara ‘maya’. Ia bukan duit yang sebenar, hinggakan Robert Kiyosaki dalam bukunya gelarkan duit kertas sebagai “funny money”. Ianya dianggap “funny” sebab ia dikeluarkan tanpa dibackup dengan apa-apa aset fizikal. Dalam sejarah manusia, duit yang menyimpan nilai sebenar antaranya ialah emas dan perak.
4.     Boleh Dijadikan Modal Pusingan
Bila simpan duit di bank, sebenarnya duit kita dipusing oleh bank dengan bagi pinjaman kepada orang lain (atau kepada kita sendiri!) dengan caj keuntungan yang tinggi. Bank-bank ada target mereka sendiri. Mereka mesti pinjamankan duit tu untuk menjana keuntungan. Sebab itu bank pun ada “sales person” sendiri untuk ‘jual’ pinjaman-pinjaman mereka. Mereka mesti pusingkan duit yang kita simpan itu.
Berbeza dengan emas. Kita boleh pusing kekayaan kita sendiri. Kalau orang berniaga, emas tu boleh dijadikan modal pusingan. Bila perlukan duit untuk rolling, pajak sahaja emas itu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman. Bila dah selesai urusniaga, tebus balik emas tu. Akhir sekali, kita masih ada emas (yang dijadikan modal pusingan) dan keuntungan tunai (hasil bisnes). Dan yang paling penting, duit modal kita tak akan bocor. Kita tak berpeluang ‘curi’ duit bisnes seratus dua untuk berbelanja kegunaan peribadi (ingat, duit bisnes bukan duit peribadi) sebagaimana duit tunai. Jadi modal bisnes kita tu akan lebih selamat dalam bentuk emas.
5.     Emas Aset Mudah Alih
Emas ialah aset fizikal yang paling mudah alih (i.e. mobile). Kalau beli tanah atau rumah-rumah sewa, ia memang tak boleh dialihkan. Kalau nak jual pun, ia memakan masa untuk jual. Paling cepat pun proses jual beli akan selesai dalam tempoh 6 – 9 bulan. Ia berbeza dengan emas. Katakanlah kita bertugas di pedalaman Sabah, tiba-tiba dapat pindah balik ke Semenanjung, kita boleh bawa balik emas-emas tu. Kalau berpindah lagi, kita boleh bawa emas tu ke mana sahaja.
Dalam peperangan duit kertas atau duit fiat tidak lagi laku. Sekiranya kita ingin sebagai pelarian sekalipun duit kita pasti tidak akan diterima oleh negara luar dan hanya laku dalam negara sahaja. Jadi sebab itulah saya katakana ‘emas sebagai aset mudah alih’.

6.     Kekayaan yang bertahan lama (kalis bocoran)
Emas saya jadikan sebagai simpanan saya yang perlu saya lupakan. Simpan dan lupa. Dari sudut kewangan, kita kene adakan simpanan untuk dilupakan. Misalnya sekiranya kita ingat simpanan kita. Kita aka nada sahaja barang atau benda yang ingin kita beli dan berbelanja bagi memastikan wang kita habis. Ia berbeza dengan emas. Tiada orang membeli emas atau mengumpul emas dan pergi bawa ke pusat membeli belah untuk membelanjakan dan shopping sehingga habis emas tersebut.
Dari sudut psikologi, bila simpan emas, kita rasa sayang nak jual. Naluri manusia sejak zaman berzaman memang suka kumpul emas sebab ianya cantik. Berbeza dengan duit kertas. Seronoknya emas pada mengumpul dan menyimpannya, tapi seronoknya duit ialah pada membelanjakan
Jadi itulah cerita saya har ini. 9 April 2016. Sumber dari En Zulkifli (27jan2015)

Muhamad Nashir Khairudin
PG00064908 dealer public gold anda
9 April 2016





No comments:

Post a Comment